PULAU PINANG 4 Julai - Sejak 1997, seorang tukang paip begitu gemar berbakti kepada masyarakat dengan menderma darah.
Malah dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah selama ini. Namun semasa berbuat demikian untuk kali ke-45 hari ini, lelaki itu menemui ajalnya.
Kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi semasa mangsa, Ho Chuan Poh, 55, sedang menderma darah dalam kempen anjuran Persatuan Hui Yin Seh di Ayer Itam di sini.
Bagaimanapun tiba-tiba sistem badan Chuan Poh bertindak balas dan menunjukkan komplikasi. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan disahkan meninggal dunia pada pukul 12.33 tengah hari.
Anak bongsu mangsa, Ho Gin Hong, 18, ketika ditemui berkata, bapanya yang gemar melibatkan diri dalam kempen seumpama itu merupakan seorang yang sihat walaupun kadangkala merokok dan minum minuman keras.
Malah, katanya, bapanya juga pernah menerima pingat emas, perak dan gangsa, masing-masing pada 2008, 2004 dan 2002 ekoran sumbangannya kepada pertubuhan itu.
"Bapa saya juga sangat berhati-hati dalam soal itu, dia sentiasa akan pastikan untuk tidur lebih awal sekiranya perlu menderma darah keesokan harinya," katanya yang sedih dengan kejadian tersebut.
Dalam pada itu, menurut Patalogi Bank Darah HPP, Dr. Soo Peng Yen, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan keputusan bedah siasat untuk mencari punca kematian mangsa akan dapat diketahui, esok.
Peng Yen berkata, beliau pernah berhadapan dengan kes penderma yang pengsan semasa proses derma darah, tetapi kes menimpa Chuan Poh itu pertama kali berlaku sepanjang beliau berkhidmat sebagai doktor.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hui Yin Seh, Datuk Chuang Keng Kung berkata, pihaknya sedih dengan kejadian yang berlaku ke atas Chuan Poh yang dilabelkan sebagai penderma veteran kerana mangsa mula menderma darah sejak 1997.
"Persatuan sudah menjalankan kempen derma darah ini sebanyak 173 kali sejak 1996 dan dalam tempoh itu sebanyak 35,000 paket darah berjaya dikumpul tetapi belum pernah lagi berdepan dengan insiden seumpama itu," ujarnya.
Justeru, beliau berharap orang ramai tidak patah semangat dengan kejadian itu kerana bank darah sentiasa memerlukan darah bagi membantu mereka yang memerlukan.
Kesian pulak aku kt uncle ni. Tapi takpa, mati dia berjasa. Banyak kali tu pi derma darah. 45 kali!!
Korang? Korang dh berapa kali derma darah?
Aku baru sekali seumur hidup aku nih..hihihi! Tu pon masa umur aku 18tahun, masa kt Matix Melaka dulu. Saja join kempen derma darah sempena hari apa ntah dulu.
Neves tak ingat masa kakak nurse tu suruh baring kt katil. Terasa mcm darah aku nk kena sedut hantu je.
Ingatkan lama sgt proses memerah darah aku, ceh exaggerate! bukan memerah la, darah tu mengalir je.
* bukan tangan aku *
Rupanya sekejap je. Adalah rasa-rasa pening kepala bila bangkit dari katil tu. Tapi best, lepas derma darah dapat minum air milo dan dapat biskut..Minum-minum dulu sebelum balik bilik.
Tu kisah 1st time aku derma darah. Lepas tu kt UiTM ada sekali lagi percubaan. Masa part 2. Dah siap-siap tulis nama kt list tu, adalah check2 darah jenis apa etc, aku pon tak ingat la prosedur dia. Masa 1st time kt matrix dulu pon ada jugak buat. Memang acara wajib kot. Sekali, kakak nurse tukang check darah kata aku tak cukup zat besi..huhu..so tak boleh derma darah. Takut bagi efek kat aku.
Huhu nk kena makan besi kah? wakaka!!
Boleh tengok syarat-syarat menderma darah ini :
Kakak nurse tak bagi eh, ok lah saya balik bilik dengan perasaan hampa dan kecewa ok! Haha tak hampa pon, dah kalau boleh bagi efek negatif kt aku, takyah buat pun takpa lah. Lagipon saja suka-suka ja kan.
Baca lagi tentang kebaikan derma dara eh salah! Derma Darah ~
Lepas 2 kejadian ni, aku dh tak takut dah nk kena cucuk tang lengan. Mana taknya, dh beberapa kali kena cucuk kt lengan utk amek darah. Peknen je kena amek 6 tube kecik. Seb baik urat timbul, senang nk cucuk..Darah pon mengalir laju memenuhkan tube tu.. Huhu..dan alhamdulillah sepanjang 2 kali darah aku di ambil, kakak nurse takdak komplen aku tak cukup zat besi lagi dah..tak cukup itu tak cukup ini. Sebab aku skema dan patuh makan pil-pil yg doktor bagi.
Oleh itu kawan-kawan, sudi sudi kan lah,
kerana anda akan memberikan peluang kedua bagi mereka yg memerlukan darah anda.. selainnya, korang juga mendapat manfaat utk kesihatan diri sendiri.
Derma DARAH ok, bukan derma DARA!
pssstt : Jangan takut mati sebab derma darah. Kejadian tu cuma 1 dalam seribu kot..
Pic credit to : Google
Dan petikan berita dari Utusan Online
Pic credit to : Google
Dan petikan berita dari Utusan Online
8 words from u:
ibu saya tak pernah derma darah...dia penakut....hehehhe
mmg kesian kat uncle tu... akak ni selalu mengelolakan kempen derma darah under bulan sabit.. tp serius skali pun xpernah bg derma darah akak.. i jenis pengsan nampak darah byk2 kuar ni...hokeh!! tp kalau dok rawat org berdarah boleh la pulak.. hehe.. 1 lagi jenis takut kena injet.. pasal ngandung dulu jgn cite.. tu dah terpaksa.. ye tak... tp lydzar bgs at least pernah derma darah kan...hehe
kalau tak silap mas... ada nisbah2 untuk ambil darah dalam badan. Kalau terlebih mungkin akan sedikit pening dan pengsan.
Jikalau lebih lagi boleh membawa maut...
mmg xleh celen dia.. silap2 msk guiness book of record
Pemain Bintang Yang Gagal Menyerlah Di Piala Dunia 2010
kyut la blog u... header mmg cun! tak puas mata tengok.. :) bab derma darah tu, memang kesian kan.. tapi family dia mesti bangga gak sb dia mati masa buat kebajikan...
jom jenguk blog saya. sale tupperware utk pra ramadhan murah2 ni... comey2 ooooo...
@maslinamansor meaning, masa sekali ambil tu ada kuantiti yg sepatutnya lah kan..bukan berapa kali kita p derma darah kan..
@velasrizal betul betul..kagum jugak dgn dia
dah lama tak menderma darah...sejak2 keja ni...
Post a Comment