Cerita durian semalam

Ini adalah durian semalam. Yang aku dan rakan-rakan seperjuangan kt opis dok telan sampai dh tak tertelan. Sampai semua orang dh tak terlarat nak makan lagi. Dan sampai semua orang macam dah mabuk durian.

Memang puas hati dapat balas dendam kesumat terhadap semua blog yg dok buat entry pasal durian hahaha!

Aku rasa ada gak la kot total 2-3bijik durian masuk perut aku semalam. Memang banyak sangat. Makan tak ingat donia.



Hmm sorry, gambar buah-buahan lain aku tak eksaited nak snap lah. Sebab memang kosentret makan doyan saje..

Tengok la tu, selori durian dorang kasik suruh perabis. Dalam lori tu 2nd trip yg sampai. Dalam bakul, 1st trip..So ikutkan mmg penuh satu lori tu laa. Mana la tak smua orang meroyan makan durian.


Time ni memang dh tak larat nk makan..so posing ajer la sekejap. Semua orang dh bersandar kekenyangan..mabukk durian hihihi!


Ni salah satu petua orang lama kan. Minum air dari pangsa durian. Konon-konon tak nak bagi badan panas lepas makan durian. Huhu memang malam tadi, terasa jugak la bahang panas. Tekak kering, tp nk minum air banyak-banyak taklarat pulak sebab dh terlalu kenyang.

Ok ada acara tapau pulak lepas tu. Tu pon lepas almost semua tetamu our bosses dah sampai. So lebihan yg memang BANYAK LEBIH tu, dibenarkan tapau pada sesiapa yg nak.

Aku kutip la barang seplastik dua buah-buah lain yg aku tak rasa tadi. Plastik kecik je. Kompom tak abes kalau tamak kaut banyak-banyak.

Dan walaupon dh rasa mabuk durian, aku tapau jugak 4 bijik utk bawak balik..Hhehe ada 3 mulut boleh merasa kan..



Hannah tengah kagum tengok papa dia kopek kulit durian. Mama tak reti kopek, dia reti makan je :P

"Adik, jauh sikit..Nnt kena tajam" dia sound adik dia


Hadif buat muka pelik dgn rasa durian ni. Dia makan sikit je, lepas tu buang. Dia tak suka kot. Hannah pon tak beria makan. Apsal ntah dorang ni.. Seulas pon tak abes.Tak join mama dia yg suka durian agaknya.

So aku tengah pikir apa nk buat dgn belen durian ni..

3 words from u:

Sharinginfoz said...

dapat pulut durian sedap ni

Kancilbiru said...

buat kuah cicah roti...sedap...nak rajin lagi buat roti jala...:)

lydzar said...

sharinginfoz : idea bagus tu

niza : kuah pon ok, tp roti jala huhu tak berbakat :P

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®