Utusan Malaysia Online - Susahnya mahu kurus


Utusan Malaysia Online -Susahnya mahu kurus


Aktres terkenal Hollywood, Gwyneth Paltrow baru-baru ini mendedahkan kelahiran anak keduanya benar-benar menguji kesabarannya untuk menurunkan berat badan.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan selepas kelahiran pertama dahulu, namun kali ini sedikit sukar.
Saya perlu benar-benar menjaga diet dan ia sesuatu yang tidak mudah," katanya.
Kata aktres itu, dia bagaimanapun bernasib baik kerana dibantu oleh jurulatih peribadinya, Tracy Anderson.
Gwyneth, 37, memiliki dua anak, Apple dan Moses hasil perkongsian hidup bersama suaminya, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin, 33.


Hehe kalau dh artis, boleh je nak ada personal trainer bagai. Eh bukan artis jer, orang yg duit dalam poket dan bank yg berlambak-lambak tu pon boleh jugak. Pilih je mana satu berkenan. Pilih je mana satu fitness centre yg disukai. Lepas tu ikut lah instruction. Dapat la naik beskal, threadmill bagai kt gym tu.

Kalau betul berdisiplin, boleh la slim down body cantik macam gitar. Kalau tak. kira derma kilat ajer la kt fitness centre tu..Hihi..takpa duit banyak. Apa ada hal :P

Aku pulak, daripada aku bayar fitness center, baik aku shopping utk aku dan keluarga aku. Nak buat mcm mana, belum ada banyak duit terlebih la katakan.

Tips kurus selepas deliver yg berkesan bagi aku adalah, BREASTFEEDING. 
Breastfeeding akan membakar sebanyak 500kalori sehari. Dan lemak lemak dalam badan akan dibakar supaya menghasilkan susu. Sebab tu la lemak tak sempat sangat nk berkumpul lalu menjadi spare tyre..

Memang terbukti berkesan pada aku, masa Hannah dulu aku tak fully bf. Berat aku lepas deliver Hannah was 74kg. Memang mama gemorks!!!

Selepas almost 7bulan usia Hannah, berat aku masih lagi 58kg. Berat tu! Tak lama lepas tu, dapat jugak la berat asal 53kg, tp tak sempat kekal lama sebab dh pregnant semula..dan gain lagi 16kg sepanjang pregnancy Hadif..

Then deliver Hadif. Exclusive breastfeeding. 4bulan usia dia, berat mama gemorks dia dh dapat 53kg. Menten sampai la ni :)

Selain breastfeeding, kita kena makan foods yg berserat supaya pembuangan 'sampah' tak diingini boleh berjalan setiap hari. Kalau tak, nnt mendap dalam badan.. Isk! 

Minum air pon kena banyak. Ikutkan artikel kesihatan, kena cukupkan 2 liter sehari. Kalau lebih pon takpa.

Dan jangan laasek melahap overdose ja. Sesekali nk makan sedap dgn keluarga atau kawan-kawan tak pa. Tp sesekali la ye, bukan hari-hari.. Exercise pon jangan lupa. Tak dapat nk jogging or workout takpa, buat yg ringan cukup. Contohnya jalan selama 10 minit.

OK itu la dia tips kecantikan dan sihat kita di pagi Ahad. Selamat beramal.

6 words from u:

kerangRebus said...

yeke?no3!susahnye mau gemok oke!sbb sy kuruz kuasa dua la..haih =_=

Unknown said...

@kerangRebus no 3 blom lagi..tunggggguuuu!

ermm nmpk nya nk kena carik petua utk gemuk pulak la kot kasik kt kerangrebus

Iela Fazielah said...

lydzar... akak rs kamu xkan gemoks smpai bila2 la.. sbb kena tgk baka jugak.. hehe....

Unknown said...

@Iela Fazielah huhu amin amin. semoga masin la cakap akak tu sampai saya tua hahaha..

tp mak saya masa muda pon kurus jugak. skg ni dh naik dh badan dia. kira baka cemanakah itu?

ayukhairy said...

betul tu..ayu sokong sgt...
anak kedua ni fully bf..
cepat je berat turun compare masa anak pertama yg bf + mix fm..huhu..

Sumijelly said...

huhuhu...kalu BF tapi kuat makan pun x kurus gak tu..
perut pun makin naik..hahaha
mcm sumi nie..
maka..kawal makanan la dulu...
hehehe..eh..poser nanti nak try kempis perut la...

Sumijelly.com

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®