Panduan Memilih Program Pembelajaran untuk Anak Anda

Nak berkongsi something ilmiah utk tatapan bersama.

Sebagai parents atau parents-to-be kita pasti tercari-cari apa yg terbaik utk diberikan kepada anak-anak kita. Program pembelajaran yg terlalu banyak dipasaran kadang kala buat kita pening kepala utk memilih apakah yg sepatutnya. 

Tip : Pilih persekitaran belajar yang mempunyai sokongan emosi

Kanak-kanak mempunyai sifat ingin belajar secara semula jadi, yang kita panggil sifat ingin tahu. 

Namun, terdapat tadika dan program pembelajaran di mana mereka menekankan keputusan ujian dan pretasi yang baik. Kanak-kanak yang gagal akan diberi tekanan supaya setanding dengan rakan-rakan yang lain.

Apabila guru-guru bersikap tegar dan memerintah terhadap proses pembelajaran, ia boleh mengurangkan minat untuk belajar pada diri kanak-kanak. Guru yang memarahi atau menghukum kanak-kanak di atas kesalahan yang mereka lakukan akan membentuk suasana takut di kalangan kanak-kanak. Apabila mereka berasa takut untuk membuat kesalahan, sifat ingin tahu secara semula jadi akan hilang.

Hasilnya, akan wujudlah sekolah-sekolah atau universiti yang dipenuhi dengan generasi muda, lelaki dan perempuan yang bukannya berminat untuk mengetahui informasi baru atas dasar ingin tahu tetapi atas dasar takut tidak lulus peperiksaan. 

Maka, adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang prihatin untuk memastikan tragedi sebegini tidak berlaku kepada anak-anak kita.

Sudah tentu guru-guru perlu mengekalkan disiplin dan peraturan, tetapi mereka juga perlu menunjukkan sifat ambil berat dan kesabaran yang bukan dibuat-buat terhadap kanak-kanak.

Carilah tadika atau pusat pembelajaran yang mana falsafah pembelajarannya adalah sesuatu yang menyeronokkan dan bersifat interaktif. Di mana guru yang mengajar bertindak sebagai pengatur cara kepada penerokaan kanak-kanak itu sendiri dan bukannya pengajar semata-mata. Ibu bapa perlu meminta untuk bertemu dengan guru bagi mengetahui tentang pendekatan dan sikap guru tersebut terhadap kanak-kanak.

Seorang guru yang bagus adalah seorang yang benar-benar sayang dan seronok bila bersama kanak-kanak. Dia menghormati kanak-kanak dan gembira mengajar kanak-kanak.

Pusat pembelajaran yang bagus sepatutnya mempunyai nisbah guru kepada murid yang kecil, agar kanak-kanak mendapat perhatian penuh dan menggalakkan proses pembelajaran interaktif di antara guru dan murid. Kanak-kanak digalakkan belajar dengan mencuba dan bukannya mendengar semata-mata.

Ibu bapa hari ini mempunyai banyak pilihan dalam memilih tadika atau pusat pembelajaran untuk anak mereka. Jadi pilihlah tadika yang mempunyai keseimbangan - bagi membantu anak anda menyerap dan memproses informasi yang diterima dengan berkesan.




Kawan-kawan hantar anak ke tadika apa? Ok tak silibus mereka? 
Kalau tadika bukan yg jenis glemer-glemer tu agak-agak ok tak silibus dorang?

psstt : Aku dulu tadika KEMAS je hehe!


5 words from u:

Jeng Ida said...

Tips bagus... kita memang harus cermat mimilih lembaga edukasi yang cocok untuk anak. Tak apa berboros-boros waktu, yang penting bisa mendapatkan yang terbaik untuk anak kita. Thanks. Terus berkarya... Jeng Ida Batik Art.

Atia Adina said...

skg ni banyak tadika...pilih jer mana satu & sediakan duit....kalo yang bagus tu...selalunya yuran bulanan mahal sikit...

-ad-

Unknown said...

@Jeng Ida Tq Jeng Ida singgah disini. Betul, kena pilih elok-elok tadika supaya berbaloi dgn bayaran yg kita dh bagi

Unknown said...

@Atia Adina nk kena pegi survey satu2 tgk mana yg offer silibus yg berkenan kt hati mama dia ni kot :)

MyKhalish Journey said...

adoi.. zaman sekrg ni g kindergarden lgk mhl dr g primary school. zaman kita semua g tadika kemas je. msh igtkah bj merah kotak2. hehehe...

kalu ila, ila pilih tadika yg bg anak kita peluang utk explore. mind dorg lgk berkembang drpd asik exam2 je...

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®