MC

Good morning!

Dapat jawab tak teka teki aku tu? Takpa, ada masa lagi ni..Sila lah teruskan penekaan anda ye..

Semalam masa aku pi klinik. Yer semalam aku adalah MC. Sebabnya sudah terjangkit demam dgn anakanda tersayang. Sungguh berbisa seluruh anggota badan. Menusuk ke tulang. Virus apentah yg menyerang. Badan aku memang abes rasa sengal walaupon suhu tak tinggi. Biasanya rasa bisa sebab suhu tinggi kan?

Doktor dah check tekanan darah, temperature, check degupan jantung dgn stetoskop, last-last Doktor tanya,

"Ada pregnant tak ni?"

Hahaha! Nk tergelak aku. Apasal pulak tanya aku pregnant ke tak?

Aku pantas jawab,

"Tak kot" sambil tergelak.

Doktor tanya lagi "Dah ada delay period? "

Hmmm terdiam sejenak aku. Memang dah lewat pon. Tapi aku tak expect aku pregnant sebab last months pon period lewat seminggu lebih. So aku ingat memang cycle aku sekarang ni lebih panjang dari normal yg dulu.

"Memang ada Doktor. Tp last month pon mcm ni. Tak ikut tarikh pon.."

"So nak buat test pregnancy tak?"

Aku pandang Abg..Pastu Abg kata "Tak kot..Dia tak pregnant rasanya"

Hihihi so Doktor pon akur la dgn kata-kata suami ku itu.

"OK takpa, Kalau seminggu lagi pon awk tak period, awk buat check sendiri. So hari ni saya tak bagi antibiotik kt awk "

OOOOO patut la dia tanya aku pregnant ke tak. Rupanya dia tengah berpikir nk diagnose aku ngn antibiotik or tak..Yang aku ni pegi pelik-pelik dgn soalan pasal pregnant pulak..

Tapi kan, aku pon cuak gak ni..AKU PREGNANT KAH??

Balik dari klinik terus kami menuju ke Pizza Hut Kota Damasara. Orang demam teringin makan pizza :)


Kami cuba menu baru ni. Walaupon memang nmpk menyelerakan, tekak orang demam hanya menelan tanpa rasa..

Balik dari Pizza Hut, ku telan ubat dan terus tumbang bersama anak-anak. Dorang pon masih kena habiskan antibiotik dan ubat batuk/selsema. Sampai la ke petang kami tidur.

Thanks to Abg sebab tolong setelkan bab anak-anak dan kerja rumah sementara si isteri ni terbaring lesu sepanjang hari. I LOVE YOU VERY MUCH!


9 words from u:

maslinamansor said...

dah check ke belum...?
mana tau kot2 betul melekat... Lelaki tak leh harap sangat... hehehe

Atia Adina said...

siannya...moga cepat sihat


-ad-

Unknown said...

@maslinamansorbelum..sebab rasanya takdek insiden terbabas.

ermm tp 1st day lepas kita mandi wajib, mmg kompom bukan hari subur kan?

Unknown said...

@Atia Adina thanks Ad, ni pening2 lalat lagi sebab makan ubat selsema

Zaidah said...

semoga cepat sihat...betul ker peknen...cubalah check..klu ade tahniah tau..hehehe

Mrs. Bee said...

baru nk tanya sedap x piza tu..tgok iklan bukan main poyo..hehe..

Unknown said...

@Zaidah tak check pon..tngok la seminggu lagi nnt..huhuh harap2 tak peknen

Unknown said...

@..::daria::..aku tak dpt rasa la kesedapan dia, sbb tekak kering..lidah tawar..huhu

dh sihat bebetul nnt boleh try lagi kot

ayukhairy said...

sakit ye..alahai kesiannya...
moga cepat sembuh ye...

check jgn tak check ye..
mana tau ada berita gumbira ke..^_^

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®