Update Pagi Khamis

Pagi tadi dalam kol 4lebih, temperature Hannah naik. Dari kepala sampai ke kaki terasa bahangnya. Rambut tak panas la.. :P

Lepas tu dia merengek nak nenen. OK mama dia turutkan aje lah. Abg pulak bila perasan anak dia kepanasan, dia pon pi amek towel dan semangkuk air. Nak buat tuam badan. Abg memang rajin bab-bab ni. Alhamdulillah, tiap kali anak-anak demam dia yg bersungguh-sungguh pastikan suhu anak tak terlalu panas. Mak budak2 ni pulak, mmg susah nk bergerak la, sebab badan dia terlekat ngn mulut anak.

Dorang tak suka kena tuam. Sejuk tiba-tiba kot. Mula la nk menangis bila towel mencecah kulit badan dorang. Bila dh nangis kuat-kuat, mula la nk muntah pulak. Adeh! Macam tu la adegannya. Mesti muntah. Nasib baik muntah air je.

Tp nampak la, yg dimuntahkan semula tu adalah susu nenen.
Uwaaa! Boleh tak aku nk terasa kerugian disitu sebab susu tak sempat hadam dah terkeluar..hukhuk

Sampai kol 7 tadi, badan Hannah masih panas. Aku rasa dia demam sebab terkena hujan kelmarin. Dah suruh berteduh bawah payung sementara mama nk amek adik dari seat kereta. Boleh pulak dia letak payung kt tanah dan berdiri dalam hujan. Payung berat katanya.

So dengan ini mommalydzar mengisytiharkan dia akan amek EL utk bawak Hannah ke klinik dan menjaganya dirumah.


*muka monyok Hannah adalah expected hari ni*


Panduan berhadapan dengan anak yg demam.
  • Selalu tuam badannya dengan tuala basah supaya suhu tidak terlalu tinggi yg kadang-kadang boleh menyebabkan sawan
  • Berikan ubat seperti saranan doktor mengikut aturan
  • Hadapilah kerenah anak yg tidak sihat dengan senyuman


12 words from u:

maslinamansor said...

harap2 hannah cepat sembuh.
Hadif jangan kacau2 kakak yer... biar kakak sihat dulu... :)

sahromnasrudin said...

salam ziarah..trime kasih berkunjung ke blog sy..blog saudari hebat..byk info terutama tang tutorial itu..semoga berkunjung lg ke blog sy ye dan selamat berblogging :-)

ayukhairy said...

ala..demam plak ke..
mmm...siannya..
anak2 ayu pun baru je baik dari demam juga ni..
ayu lap2 kan bdn diaorg + letak asam jawa kat kepala diaorg n balut ngan towel basah...mmg diaorg merengek2 kan bila sakit..kesian melihat bila anak2 sakit, lemah je diaorg...

Kancilbiru said...

hannah cepat sembuh yer...:)

Unknown said...

@maslinamansorbertuah ler adik dia tak kacau hahah!

Unknown said...

@sahromnasrudinsesama..same goes to u, datang sini lagi ok :)

Unknown said...

@ayuhaah..adik dia pon dedar juga tu..boleh share ubat je kot nnt

hehe kita yg dewasa ni pon kalau demam, lemah je, apatahlagi budak2 kan

Unknown said...

@Kancilbiru OK aunty! Hannah kuat, kejap je dia demam tu..petang dah sihat boleh main kt taman punye

Eliss said...

musim agaknya skang ni.banyak bagi air masak sekali.

Unknown said...

@e.l.i.s.s.m.i.ememang pon...td kt klinik bukan main ramai lg parents bawak budak2 demam..

MyKhalish Journey said...

hanna cpt sht yer.. cian dia..

Iela Fazielah said...

ala ciannyer hannah demam... xpela.. mama jg anak kat rmh.. tp mcm tau2 je mama dia rancang nak cuti arini kan?? semoga cepat sihat..

 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®